Friday, 27 March 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK INDERA MAHKOTA,KUANTAN

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2015
SK INDERA MAHKOTA

BIL
PERKARA
CATATAN
Mengambil tempat
Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Ketibaan VIP
Mengumumkan ketibaan Yang ……………………………….
 dengan diiringi oleh Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, En. Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.


NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.


Solutasi

Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan ……………………………………………..

Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Yang Dihormati, En. Sarlan Bin Shahrum, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnaini Binti Moh Taib

Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Abdul Mutalib Bin Haji Othman,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Md Zahar Bin Awang Kecik,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Norhayati Bnti Abd Halim,

Guru Penolong Kanan Petang, Tuan Haji Baharuddin Bin Jusoh,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini  ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota.

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.



Bacaan Doa
Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Rozi Bin Dzulkafly untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Mohd Rozi  atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.


Bacaan ayat suci al_Quran
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan adik …………………………… untuk bacaan ayat –ayat suci al-Quran. Dipersilakan.






Ucapan Guru Besar
Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar  atas ucapan sbentar tadi.


Ucapan NYDP

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan En. Sarlan Bin Shahrum untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Sarlan Bin Shahrum atas  ucapan sebentar tadi.


Ucapan Perasmian


Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada …………………………………………………………. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK INDERA MAHKOTA. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan                                *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada  …………………………………………. atas ucapan perasmian  sebentar tadi.



Persembahan Nasyid
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid as-syakirin. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid sebentar tadi. untuk makluman hadirin, kumpulan nasyid asy-syakirin telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid peringkat zon perdana.


Penyampaian Cenderahati jawatankuasa PIBG- Perasmi


Hadirin yang Dimuliakan,
Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK Indera Mahkota Sesi 2013/2014, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan …………………………………………… untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.


Penutup









Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Indera Mahkota, merakamkan penghargaan terima kasih kepada …………………………………… atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..


MESYUARAT PIBG 2015
Seterusnya, kami serahkan kepada ……………………………….. untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Indera Mahkota bagi tahun 2015

Jamuan Ringan







44 comments:

  1. Minta guna teks ini.sy bidan nak terjun majlis.tq

    ReplyDelete
  2. assalam. minta guna teks ini untuk mesy PIBG sekolah saya minggu depan. tq so much for sharing. semoga diberkati.

    ReplyDelete
  3. Minta izin guna teks ini. Saya juga bidan nak terjun..thanks!

    ReplyDelete
  4. Mohon share ye. .Tq

    ReplyDelete
  5. MOHON IZIN SHARE ... TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  6. Mohon izin untuk gunakan teks ucapan ini. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  7. Mohon izin untuk gunakan teks ucapan ini untuk mesyuarat hari esok ye...T.kasih...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. .
    Mohon keizinan untuk guna teks ini ya tuan..
    Semoga Amal jariah tuan bekekalan

    ReplyDelete
  9. Izinkan saya mencontohi dan menggunakan ayat-ayat dan juga beberapa pantun yang amat bersesuaian di dalam skrip tuan, dan segala kebaikan saya doakan untuk tuan kerana berkongsi dengan kami semua!

    ReplyDelete
  10. mohon izin utk menggunakan teks ini..terima kasih

    ReplyDelete
  11. Mohon izin menggunakan teks..

    ReplyDelete
  12. Mohon izin guna teks cgu .Terima kasih cgu.. Moga trus dilimpahi rezki

    ReplyDelete
  13. mohon share ye cikgu...moga allah memudahkan urusan cikgu nnti...

    ReplyDelete
  14. Mohon izin guna teks cikgu..terima kasih .

    ReplyDelete
  15. Mohon izin utk gune teks ini ye.terima kasih n smg Allah memberkati tuan

    ReplyDelete
  16. mohon izin menggunakan teks ini cikgu..semoga Allah memberkati tuan

    ReplyDelete
  17. mohon halal ya.. sy share kat fb.

    ReplyDelete
  18. Mohon halal untuk dipinjam dan digunakan... Semoga Allah membalas jasa baik cikgu.. TQVM

    ReplyDelete
  19. minta izin guna yer... Moga Allah mudahkan urusan cikgu sekeluarga

    ReplyDelete
  20. Minta izin guna ya..semoga Allah berkati cikgu sekeluarga

    ReplyDelete
  21. Minta izin guna teks ini..sy pun mc bidan terjun😅

    ReplyDelete
  22. minta izin guna juga. jazakillahukhair

    ReplyDelete
  23. Minta Izin sodara.. Bidang terjun juga.. Hahaha.. Tq semoga berpahala kepada admin

    ReplyDelete
  24. Mohon guna teks ini.t kasih

    ReplyDelete
  25. Mohon guna teks ini.t kasih

    ReplyDelete
  26. Mohon guna teks ini.t kasih

    ReplyDelete
  27. Mohon izin guna teks ini...t.ksh

    ReplyDelete
  28. Mohon izin guna teks ini..terima kasih

    ReplyDelete
  29. mohon izin guna teks ni ye., terima kasih

    ReplyDelete
  30. Mohon share.. terima kasih

    ReplyDelete
  31. minta izin untuk guna dan edit teks ini...terima kasih sgt semoga ALLAH MERAHMATI JASA PUAN

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum..
    mohon untuk guna teks ini. Moga Allah memurahkan rezeki puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  33. minta izin guna...terima kaishh

    ReplyDelete
  34. mohon izin gunakan teks ni ya cikgu, terima kasih

    ReplyDelete
  35. Mohon keizinan utk guna teks ini ya...terima kasih byk

    ReplyDelete