Thursday, 26 March 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA


TEKS PENGACARA MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6
SK INDERA MAHKOTA

BIL
PERKARA
CATATAN
Mengambil tempat
Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Solutasi
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Selamat datang kepada

Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Yang Dihormati, En. Zuhazreen Bin Mansur, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nyon Mee Ching

Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Abdul Mutalib Bin Haji Othman,

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Md Zahar Bin Awang Kecik,

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Norhayati Bnti

Guru Penolong Kanan Petang, Tuan Haji Baharuddin Bin Jusoh,

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan, seterusnya murid-murid yang dikasihi.



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama berkumpul, sa ma-sama kita berhimpundi Dewan ini  ini bagi MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota.


BACAAN DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6.

****BACAAN DOA*******

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz mohd rozi bin Dzulkapli di atas pimpinan doa itu tadi.


UCAPAN GB
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya  menjemput Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota untuk

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***ucapan GB******

Majlis merakamkan setinggi-tinggi  terima kasih di atas ucapan Puan Guru Besar sebentar tadi.

CERAMAH KEIBUBAPAAN


Penutup
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Untuk itu, kami selaku peneraju acara mohon maaf atas apa jua salah dan silap, sesungguhnya, yang baik itu, datangnya daripada Allah dan yang tidak elok itu datangnya dari kelemahan kami sendiri,kami sudahi dengan kalam yang mulia Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.










10 comments: