SK INDERA MAHKOTA
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
Mengambil
tempat
|
Tuan-tuan,
Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing kerana majlis
akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan
puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
|
|
Solutasi
|
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه
أجمعين
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Selamat datang kepada
Yang Berusaha Puan Wan Gayah Binti Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,
Yang Dihormati, En. Zuhazreen Bin Mansur, Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nyon Mee
Ching
Guru Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Abdul
Mutalib Bin Haji Othman,
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Md Zahar
Bin Awang Kecik,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan
Norhayati Bnti
Guru Penolong Kanan Petang, Tuan Haji
Baharuddin Bin Jusoh,
AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota,
barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan, seterusnya murid-murid yang
dikasihi.
|
|
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan
luangan waktu untuk sama-sama berkumpul, sa ma-sama kita berhimpundi Dewan ini ini bagi MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA Sekolah
Kebangsaan Indera Mahkota.
|
||
BACAAN
DOA
|
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena MAJLIS
PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 6.
****BACAAN DOA*******
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz mohd rozi bin
Dzulkapli di atas pimpinan doa itu tadi.
|
|
UCAPAN
GB
|
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Indera Mahkota untuk
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
***ucapan GB******
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Puan Guru Besar
sebentar tadi.
|
|
CERAMAH
KEIBUBAPAAN
|
||
Penutup
|
Banyak keluk
ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.
Untuk
itu, kami selaku peneraju acara mohon maaf atas apa jua salah dan silap,
sesungguhnya, yang baik itu, datangnya daripada Allah dan yang tidak elok itu
datangnya dari kelemahan kami sendiri,kami sudahi dengan kalam yang mulia
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
|
|
tq
ReplyDelete😊👍
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteAssalam cikgu. mohon share. tq.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, saya mohon share ye. Terima Kasih Cikgu, semoga Allah permudahkan semua urusan Cikgu.
ReplyDeletetq bieyyy lep chu
ReplyDeleteMohon izin menggunakan teks cikgu ya
ReplyDeleteMohon guna teks ini.tkasih
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Mohon guna teks ini. Terima kasih.
ReplyDeleteizinkan saya share ..terima kasih
ReplyDelete